Wednesday 16 May 2012

BAB 5: Jahitan (5.1.8 Menyenggara Mesin Jahit)


5.1.8      Menyenggara Mesin Jahit

Mesin jahit perlu disenggara dari semasa ke semasa agar bahagian-bahagian mesin jahit kekal dalam keadaan baik. Keadaab ini membolehkan kerja-kerja menjahit berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara kerja selenggara yang biasa dijalankan adalah seperti:


A ) Mengganti Jarum Mesin

1) Longgarkan skru pemegang jarum
2) Pastikan bahagian rata jarum menghadap skru
3) Masukkan jarum dan ketatkan skru pemegang jarum
4) Pusingkan roda imbang menghala anda untuk menurunkan
    jarum. Tentukan bahawa jarum masuk di pertengahan lubang
    jarum di antara gigi penolak.
  

B) Menukar tali sawat mesin yang longgar atau putus

1. Tebuk lubang pada kedua-dua hujung tali mesin.
2. Sambungkan kedua-dua hujung tali mesin dengan memasukkan
    cangkuk besi dan tekan rapat

TIP KERJA..
Ketika menukar jarum mesin jenis kawalan elektrik, pastikan plag motor ditanggalkan untuk mengelakkan kemalangan

 

C) Meminyak mesin jahit

1. Tuangkan minyak mesin melalui lubang-lubang pada kepala mesin.
2. Gerakkan mesin tanpa benang untuk beberapa ketika.
3. Kemudian, letakkan fabrik di bawah penekan jahitan sebagai tadahan minyak yang
    menitis
 



 

No comments:

Post a Comment