Wednesday 16 May 2012

Bab 5: Jahitan (5.1.7 Membaiki Kesilapan Mesin)


5.1.7 Membaiki Kesilapan Mesin

1) Mata jahitan longgar
    SEBAB
 >jarum tidak dipasang dengan betul.
 >gelendung tidak dimasukan ke dalam sekoci dengan betul.
 >tegangan benang atas longgar.

CARA MENGATASI
 >betulkan pemasangan jarum
 >masukkan gelendung dengan betul
 >ketatkan semula tegangan benang di ceper penegang benang.


2) Jarum Mesin Patah

SEBAB
> Jarum tidak dipasang dengan betul
> Fabrik ditarik dengan kuat ke arah hadapan mesin
> Sekoci tidak dipasang dengan betul


CARA MENGATASI
> Betulkan pemasangan jarum
> Tolak fabrik ke belakang
> betulkan pemasangan sekoci



3) Kelim Berkedut

SEBAB
> Jarum yang digunakan tumpul
> Tegangan benang mesin ketat
> Saiz mata jahitan tidak sesuai dengan jenis fabrik


CARA MENGATASI
> Tukar jarum yang tajam
> Longgarkan tegangan benang di ceper penegang
> Sesuaikan saiz jahitan dengan jenis fabrik



4) Benang Bawah Berkedut

SEBAB
> Tegangan benang bawah ketat
> Terdapat benang terlekat di sekoci
> Sekoci tidak dipasang dengan betul


CARA MENGATASI
> Longgarkan skru di sekoci
> Bersihkan sekoci
> Pasang sekoci dan gelendung dengan betul.



5) Mata Jahitan Melangkau

SEBAB
> Jarum tidak dipasang dengan betul
> Jarum bengkok atau tumpul
> Fabrik ditarik semasa menjahit


CARA MENGATASI
> Betulkan kedudukan jarum
> Tukar jarum yang elok
> Jangan tarik fabrik semasa menjahit.

3 comments: